Webinar Cybersecurity: Ancaman Siber di Tempat Awam
11 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2025, dua orang pelajar sekolah menengah telah menyertai webinar Ancaman Siber di Tempat Awam yang dijalankan di NADI Sungai Bandung. Program ini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Zoom dan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang isu keselamatan siber di tempat awam.
Sesi ini menekankan kepentingan melindungi maklumat peribadi ketika menggunakan peranti digital di kawasan umum. Penceramah turut mengadakan demonstrasi langsung (live demo) mengenai teknik “card cloning” dan penggunaan “tracker gadget”, bagi menunjukkan bagaimana penjenayah siber boleh mencuri data tanpa disedari. Melalui demonstrasi ini, peserta dapat memahami risiko sebenar dan cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan siber.
Program ini memberi kesedaran kepada peserta tentang amalan keselamatan digital seperti mengelakkan sambungan kepada Wi-Fi awam yang tidak selamat, melindungi maklumat akaun bank dan memastikan penggunaan peranti yang lebih berhati-hati. Keseluruhannya, sesi ini sangat bermanfaat dalam meningkatkan pengetahuan dan kewaspadaan peserta terhadap ancaman siber yang semakin berkembang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: